Tidak dinafikan bahawa ketika menonton Anugerah Juara Lagu ke-29 semalam di TV3, wujud perasaan kurang senang dan terganggu di kalangan para penonton serta peminat terhadap kaedah promosi kepada penaja program industri muzik tersebut.
Boleh dikatakan hampir setiap kali tamatnya persembahan finalis AJL semalam, maka setiap kali itu jugalah pengacara program tersebut akan mempromosikan produk Qu Puteh, seolah-olah tiada topik menarik lain yang boleh diselit menghiburkan para penonton.
Akibatnya, ramai juga yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap isu berkenaan, khususnya di laman-laman sosial, termasuk chef selebriti terkenal, Chef Wan, yang menganggapnya sebagai tidak wajar.
Berikut adalah komen penuh Chef Wan;
I was trying to watch the Juara Lagu last night over TV3. After a few minutes i just got so irritated by that Qu Puteh thing that went off my head over and over again that suddenly become a huge turn off that i actually went off to my living room and rest and decided not to watch the show at all.There this penyakit with Msian TV station trying to hard sell a product on such a prestigious annual event that is completely a turn off that all other world TV station will never do!Pekak ke atau buta ke kita ni penuntun jika di ajuk kan sekali dua bahan putih itu noy to understand the product to the point the presenters pun nak menyebut dan permainkan benda tu over and over again. So distasteful.How can the branding and marketing dept of MediaP. Allowed such thing to go on?I remembered years ago i had a big fight with the Nestle Team while doing my Maggi” Hey Good cooking” serie.She the head of Marketing bernama Jenny.I was asked to mentioned Maggini almost every line saya bercakap..Mketchup tomato..MKrtchup Chili sauce..MKetchup sauce tiram etc…asal tertinggal Maggee kena repeat balik.After a few show i got irritated and confronted her and her team. Its insane to mentioned so many time the word maggi ni as thought my penuntun di rumah tu Pekak!Dah la logo Maggi tu sebesar2 yang amat di belakang saya tu.buta kan mata penuntun not to know my cookshow is sponsored by Maggi?I was told by their marketing people since they paid me to do the job i should just follow what they say!Wah masa tu darah saya menyirap…dah la atas meja tu mereka susun segala botol sauce..nescafe etc mcm ” Great Wall of China”..u know what i ” f…” all of them in their bloody face pushed all the botol on the floor habis pecah bersepai.Went back home and after that season refused to every cook with any Maggi product on TV ever2 again.biar pun sampai saya mati masuk ke lubang kubur!That is why after that they took Chef Florence and Chef Ismail as their spokeman. For me Never again!Actually RTM lost alot of nestle revenue to be honest when i decided to walk away!I hate being abused by people!
Marah betul Chef Wan, ye?
Pada pandangan Kedahnews.com pula, promosi produk Qu Puteh sememangnya perlu dilakukan oleh TV3 memandangkan kami
yakin pengasas produk berkenaan, Datuk Dr Hasmiza Othman atau lebih mesra
dipanggil Datuk Vida sudah menaja dalam jumlah yang begitu besar untuk
acara tersebut.
Pun begitu, pasti ada kaedah pemasaran yang lebih baik dan berkesan untuk stesen TV
berkenaan untuk mempromosikan penaja tanpa perlu menimbulkan rasa kurang senang dan keterujaan peminat untuk
menonton sesuatu program itu, bukan?
Khuatir juga nanti promosi dengan kaedah berkenaan bukan sahaja akan menimbulkan rasa tidak puas hati penonton, malah mungkin akan menyebabkan insiden "back fire" yang akan menjejaskan produk yang dipromosi.
Misalnya, sekeping gambar "troll" berkaitan produk Qu Puteh tersebar meluas hari ini, berkemungkinan kesan dari promosi di AJL semalam.
Apapun, Kedahnews.com mengucapkan tahniah kepada Qu Puteh dan Datuk Vida kerana berjaya membuktikan usahawan Melayu juga mampu menjadi penaja
utama untuk acara sebesar itu yang biasanya dimonopoli oleh syarikat
berjenama antarabangsa.
Salute dari kami! -Kedahnews.com