Akhirnya Fazura Mengaku Pernah 2 Tahun Bercinta Dengan Shaheizy Sam!


PEMINAT hiburan pastinya sedar pelakon Gol dan Gincu, Fazura amat gemar berahsia perihal kehidupan peribadinya.

Tapi siapa sangka, tayangan program realiti ‘Facing Up To Fazura’ telah menyingkap banyak rahsia, cerita dan kontroversi milik pelakon jelita itu.

FAZURA1

Sebelum ini, program realiti yang mula ditayangkan pada 14 Disember lepas di saluran 712 telah mencetuskan kontroversi apabila Fazura mengaku hubungannya bersama bekas kawan baik, Sara Ali telah renggang sekian lama ekoran terdapat salah faham yang berlaku.

Terbaharu, menerusi program itu, heroinManisnya Cinta Di Cappadocia ini mengaku pernah menjalinkan hubungan cinta dengan teraju utama filem berkenaan iaitu Shaheizy Sam.

Gambar Fazura Dan Shaheizy Sam Shooting di Turki -1

Ini bermakna teka-teki peminat hiburan mengenai hubungan percintaan antara Nur Fazura dan Shaheizy Sam suatu ketika dahulu benar belaka.

Dakwaan peminat melihat mereka berdua bersama bak pasangan bercinta pernah disangkal oleh Shahzeizy kerana masing-masing dikatakan lebih senang merahsiakan hubungan cinta mereka.

Menurut Fazura percintaan itu bermula ketika mereka sama-sama menjayakan filem Manisnya Cinta Di Cappadocia. Namun perjalanan cinta mereka hanya mampu bertahan selama dua tahun sahaja.

Tambahnya, selepas mereka berpisah ternyata dia kekok untuk bertemu dengan bekas teman lelakinya itu.

Nampaknya kedua-dua selebriti ini rupa-rupanya ‘diam-diam berisi’ merahsiakan hubungan cinta mereka dahulu.

Ternyata khabar angin dan gosip yang melanda industri hiburan ini ada betulnya.

Tak hairanlah orang selalu kata ‘kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang’. Ye tak?



Sumber: Mynewshub.cc