Akhirnya Hanez Suraya Bertunang Dengan Romie Razin...

10904720_10153076872606209_1517952860_n

Setelah mengharungi pelbagai kontroversi, maki hamun dan berteka-teki selama beberapa bulan sejak tahun lalu, akhirnya pelakon sensasi, Hanez Suraya Abd Aziz, 29, menamatkan spekulasi mengenai gosip cintanya.

Hanez Suraya secara rasmi dilaporkan telah bertunang dengan Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, baru-baru ini.

10899724_10153074737701209_997338158_n 10893726_10153074737556209_739778783_n
Walaupun Hanez Suraya sebelum ini pernah dilapor mengesahkan bahawa hubungan mereka telah putus, namun pelakom itu kini berkata, dia ingin membuka lembaran baru bersempena tahun 2015.

Benarlah bahawa jodoh itu adalah ketentuan Allah SWT, kita hanya merancang dan Dia sahajalah yang menentukan.

Memetik dari portal hiburan, Beautifulnara, kedua-duanya bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada Mei hadapan. -Kedahnews.com