Aksi Melampau Gadis Bertudung, Artis K-Pop: Penganjur Mohon Maaf


Penganjur konsert artis K-Pop B1A4, TGM Events secara terbuka memohonan maaf di atas isu berbangkit mengenai konsert itu yang menjadi viral di media sosial, semalam.

Memetik laporan media tempatan, penganjur berkenaan mengatakan mereka akan lebih berhati-hati selepas ini dalam perkara membabitkan soal budaya dan agama serta interaksi melibatkan peminat dan artis.

Selain itu, TGM Events turut menjelaskan bahawa insiden peminat wanita bertudung yang memeluk penyanyi berkumpulan dari Korea itu yang menjadi perdebatan hangat sejak semalam.

“Peminat dipilih secara rawak, berdasarkan soalan yang mereka letakkan pada papan mesej bersama nama pertama mereka. Artis, pengurusan artis dan penganjur tidak tahu identiti peminat yang dipilih itu sehinggalah mereka dibawa ke atas pentas.

“Ia juga bukan sebahagian dariapada protokol standard artis K-Pop untuk melayan peminat secara dekat.

“Bagaimanapun, memandangkan ini menjadi acara khas bertemu peminat, program ini dibuat khusus untuk menjalin hubungan baik antara artis dan peminat.

“Sebelum acara bermula, hos acara sudah mengingatkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan penyanyi berkenaan. Soal menghalang pemiant daripada melakukan aktiviti yang mereka mahu sertai secara sukarela adalah bukan dalam bidang kuasa kami,” katanya.

artis-kpop

Penganjur turut menyatakan, pihak mereka tidak akan mendedahkan identiti atau sebarang maklumat berkenaan peminat wanita yang terlibat kerana bertanggungjawab melindungi privasi mereka termasuk dari aspek fizikal dan psikologi.

kpop
Gadis bertudung dan penyanyi K-Pop Korea itu menimbulkan kekecohan di media sosial akibat tingkah laku mereka yang dikatakan melampau beraksi mesra dengan idola mereka.
Tindakan tidak beradab itu menimbulkan perasaan kurang senang dan cemuhan dari kalangan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan adab sopan. -Kedahnews.com