#AktaHasutan: #PDRM "Kejar" Eric Paulsen, MP Kampar

Walaupun telah memadam dan mencuba sedaya-upaya untuk berdolak-dalih atas ketelanjurannya menghina Islam dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi laman Twitternya, nampaknya usaha Eric Paulsen itu tidak ke mana.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga menerusi Twitternya menegaskan bahawa kenyataan Pengarah Eksukutif Lawyer For Liberty itu sangat keterlaluan dan akan disiasat pihak berkuasa itu dibawah Akta Hasutan.

"Statement sebegini memang wajar kita siasat dibawah Akta Hasutan. akan siasat di bawah Akta Hasutan," kata beliau yang dipetik di laman Twitternya bersama gambar Eric dan kenyataan tersebut. 

Turut akan disiasat ialah Ahli Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen, yang mendesak supaya subjek Tamadun Islam di institusi pendidikan tinggi swasta dihapuskan sama sekali.

Selanjutnya, Khalid dalam kenyataannya di laman sosial itu terus menyindir pedas pihak yang gemar mengeluarkan kenyataan melampau supaya tidak jadi pengecut dan berani menghadapi kesan dari kenyataan mereka itu.


Semalam dalam satu kenyataan, Eric menjelaskan dia kononnya tidak bermaksud untuk menghina Islam dan hanya menujukan kenyataannya terhadap Jakim yang dikatakan menggalakkan ekstrimisme di dalam Islam pada khutbah pada setiap Jumaat di negara ini.

Ekoran itu, Eric dikecam habis-habisan oleh warga netizen beragama Islam.

Teks khutbah Jumaat kebiasaannya disediakan oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam yang tertakluk di bawah kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu di setiap negeri, manakala dikenal pasti beberapa buah masjid yang imamnya enggan menggunakan teks berkenaan dan lebih gemar membuat teks sendiri.