INI bukan kali pertama perkhabaran tentang hubungan pasangan secocok ini dikatakan putus.
Namun bila ditanya sebelum ini, Zizan dan Emma bukan sahaja menafikan
malah menyebut mahu mengakhiri zaman bujang mereka pada tahun ini dalam
satu majlis serba sederhana.
Namun tup-tup.. keluar lagi berita bahawa hubungan mereka telah berakhir di media tempatan! Betul ke?
Lapor sebuah akhbar tempatan, Emma Maembong telah meminta agar
hubungannya dengan pelawak dan pelakon tersebut tidak diteruskan lagi.
Malah, keputusan Emma untuk bercuti di Pattaya, Thailand bersama
rakan-rakan dilihat sebagai cara untuknya ‘membawa diri’ mencari
ketenangan. Alahai, kesiannya.
Menerusi akaun Instagram peribadinya, Emma turut memuatnaik ayat berbunyi: I love you enough to let you go..
Pada status gambar tersebut, Emma menulis tajuk lagu nyanyian Kelly
Clarkson bertajuk ‘Already Gone’ sekaligus menguatkan lagi andaian
tentang hubungan cintanya dengan Zizan sudah pun berakhir.
Walau apapun yang telah berlaku, diharapkan agar kedua-dua mereka
dapat menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin. Kalau sudah jodoh,
pasti tak ke mana, kan?