Alyah memuat naik gambar suaminya dengan seorang wanita dengan kapsyen yang menimbulkan pertanyaan tentang rumah tangga mereka. |
Isu rumah tangga penynyi Alyah memasuki fasa baharu selepas wanita
itu memuat naik gambar suaminya, Datuk Ramli MS dengan seorang wanita.
Gambar yang dimuat naik Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu
Hassan, 34, itu mencetuskan tanda tanya apabila dia menulis kapsyen
seolah-olah Ramli telah menganiayanya.
"Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukup lagikah pengorbanan yang saya lakukan?," tulisnya.
Pendedahan penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu mengejutkan para
pengikutnya di Instagram yang rata-rata tertanya apakah yang sedang
berlaku dalam rumah tangga pasangan itu.
Pasangan ini berkahwin secara rahsia pada 18 Mac 2013.
Malah ada yang meminta Alyah supaya memadam gambar berkenaan dan menyelesaikan masalah dengan Ramli tanpa pengetahuan umum.
Usaha sumber untuk mendapatkan komen Alyah dan Ramli
berhubung perkara tersebut bagaimanapun gagal apabila pasangan itu tidak
menjawab panggilan telefon.
Pasangan itu bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac
2013 dan perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai
penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di
rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28
Ogos lalu. -mStar