MADRID – Anak lelaki Cristiano Ronaldo, Cris junior adalah peminat
Lionel Messi, kata pemain Terbaik Dunia tiga kali itu selepas
kedua-duanya bertemu pada majlis anugerah FIFA Ballon D’Or di Zurich.
Selepas Ronaldo menamakan pemenang anugerah Ballon D’Or 2014 dan
menewaskan pemenang empat kali dari Argentina, Messi, kedua-dua pemain
bertemu di lobi hotel di Kongresshaus sebelum Cris menunjuk ke arah
Messi dan kemudian berdiri untuk menyambutnya.
Kapten Real Madrid dan Portugal itu memberitahu Messi: “Dia (Cris)
menonton semua video berkaitan kita dan dia bercakap mengenai kamu,”
kata Ronaldo dan mendapat reaksi malu-malu daripada anaknya.
Kapten Barcelona itu kemudian tersenyum dan bertanya kepada anak Ronaldo bagaimana keadaan dirinya.
“Kamu sekarang merasa malu!” kata Ronaldo sambil ketawa.
Ronaldo memenangi gelaran ketiga Ballon D’Or dan kedua berturut-turut
dengan Messi memenangi anugerah sama sebanyak empat kali berturut-turut
bermula pada tahun 2008. – Reuters