NEW YORK - Setelah 36 tahun memberi pelbagi sumbangan penting kepada
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), akhirnya wanita Malaysia berasal
dari Pulau Pinang, Datuk Judy Cheng-Hopkins, dilantik sebagai penasihat
khas kepada University for Peace (UPEACE) oleh Setiausaha Agung badan
dunia itu mulai September 2014.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Cheng-Hopkins yang, mendapat
gelaran Datuk daripada negeri kelahirannya itu pada September 2014,
adalah seorang yang memainkan peranan penting dalam pasukan pengaman
PBB, yang lebih dikenali sebagai pasukan 'Helmet Biru' kerana helmet
biru yang dipakai anggota pasukan itu. Pelantikan beliau berkuatkuasa
mulai September 2014.
Dalam temu bual dengan Bernama di pejabatnya di ibu pejabat PBB di sini, beliau menjelaskan sedikit sebanyak tentang objektif dan misi universiti yang terletak di Costa Rica itu.
Dalam temu bual dengan Bernama di pejabatnya di ibu pejabat PBB di sini, beliau menjelaskan sedikit sebanyak tentang objektif dan misi universiti yang terletak di Costa Rica itu.
Katanya misi UPEACE adalah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan
tinggi keamanan antarabangsa yang kaya dengan sifat-sifat
perikemanusiaan bagi memupuk dalam diri umat manusia semangat saling
memahami, bertolak ansur dan berkongsi kehidupan secara aman,
menggalakkan kerjasama dalam kalangan manusia serta membantu
mengurangkan rintangan dan ancaman terhadap keamanan dan kemajuan dunia,
sejajar dengan hasrat yang terkandung dalam Piagam PBB.
Setiausaha Agung PBB adalah presiden kehormat majlis universiti itu dan beliau diwakili Cheng-Hopkins dalam majlis berkenaan.
"Saya juga bekerjasama dengan majlis itu serta kepimpinan akademik dan
pengurusan universiti berkenaan dalam memajukan dan melaksanakan satu
program pembaharuan secara komprehensif yang melibatkan bidang akademik,
pentadbiran dan pengurusan," katanya.
Sebelum pelantikan terkini beliau, Cheng-Hopkins menyandang jawatan
Penolong Setiausaha Agung bagi Sokongan Pembinaan Keamanan di badan
dunia itu.
Sebelum itu pula, beliau berkhidmat sebagai Penolong Pesuruhjaya Tinggi
bagi Orang Pelarian, Pengarah Biro Asia dan Balkans bagi Program
Makanan Dunia dan berkhidmat dengan Program Pembangunan PBB (UNDP) di
Afrika selama 10 tahun.
Cheng-Hopkins mendapat pendidikan awal di St. George’s Girls’ School
dan St. Xavier’s Institution di Pulau Pinang sebelum memperoleh ijazah
Sarjana dalam bidang hal ehwal antarabangsa daripada Columbia
University, New York pada 1978.
Pada 2013, beliau menerima anugerah kepimpinan global dari universiti
itu dan diisytiharkan sebagai 'seorang daripada alumni paling cemerlang'
oleh Dekan pengajian.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan warga Amerika, Dr. Thomas J. Hopkins.
Ibu kepada dua anak perempuan ini berkata ketika berkhidmat dengan Program Pembangunan PBB, beliau pernah bertugas di Kenya dan Zambia, termasuk berurusan dengan gerakan pembebasan.
Ibu kepada dua anak perempuan ini berkata ketika berkhidmat dengan Program Pembangunan PBB, beliau pernah bertugas di Kenya dan Zambia, termasuk berurusan dengan gerakan pembebasan.
Ditanya sama ada beliau akan kembali menetap di Malaysia suatu hari
kelak, Cheng-Hopkins berkata: "Malaysia masih menjadi sebahagian
daripada diri saya.
Saya berkunjung ke Malaysia dua tiga kali setahun. Mungkin orang boleh
keluarkan saya dari Malaysia, tapi mereka tidak boleh hapuskan Malaysia
dalam diri saya!"
Wanita ini berkata beliau adalah cicit kepada Leong Fee, bekas pekerja
di sebuah lombong bijih timah di Ipoh, yang kemudian membeli lombong
berkenaan.
Selepas itu, datuk neneknya berpindah ke Pulau Pinang.
"Malah datuk saudara saya membawa seorang arkitek dari Itali untuk
membina sebuah rumah agam di Pulau Pinang dan rumah ini amat dekat di
hati saya," katanya.
Cheng-Hopkins membayangkan hasratnya untuk berkhidmat kepada masyarakat
apabila kembali ke tanah air suatu hari kelak, tetapi menegaskan ia
bukan peranan melalui politik.
"Saya adalah anggota Penang Heritage Trust (PHT) dan diminta menyumbang sesuatu kepadanya," kata beliau. - Bernama