ALOR SETAR - Pegawai polis, Asisten Komisioner Mohamad Hasnal Jamil
mengetuai senarai 77 penerima darjah dan bintang kebesaran negeri
bersempena Hari Keputeraan ke-87 Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah semalam.
Anak jati Kedah ini, yang dilahirkan pada 31 Mei
1982 di Pendang, merupakan penerima tunggal Bintang Keberanian Kedah
(BKK).
Beliau terlibat dalam insiden berdarah di Kampung Air Simunul, Semporna
pada 2 Mac 2013 yang mengakibatkan 10 musuh ditembak mati, 14 ditangkap
manakala enam anggota keselamatan pula terkorban.
Dalam kejadian yang menggemparkan negara itu, Mohamad Hasnal mengalami
kecederaan parah dengan bahagian kepalanya luka akibat ditetak dengan
kapak, tangannya hampir putus juga akibat ditetak, manakala tubuhnya
terkena tiga tembakan dengan satu tembakan menembusi perutnya.
Sementara
itu, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dianugerah pingat
Jaksa Pendamai (JP) bersama-sama 18 penerima yang lain.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa pula merupakan penerima
tunggal Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS)
yang membawa gelaran Datuk Paduka.
Bagi pingat Datuk Bergelar Negeri Kedah yang membawa gelaran Orang
Besar Enam Belas (Datuk Jaya Budiman), penerima tunggal ialah Setiausaha
Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Paduka Mohd Puat Mohd Ali.
Tujuh orang menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat
Dihormati (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira iaitu Pengerusi HMS Oil
and Gas Sdn Bhd, Datuk Norazman Hamidun, Timbalan Pengerusi Dewan
Perhimpunan Cina Negeri Kedah, Datuk Tan Son Lee, Pengerusi Eksekutif
Kumpulan Securiforce, Datuk Maznah Abd Hamid;
Ketua Pegawai Eksekutif Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd
Datuk Seri Jamil Bidin, Pengarah Urusan SH Synergy Corporation Sdn Bhd
Datuk Seri Chin Seak Huat, Pengarah Kanan Boustead Holdings Berhad Datuk
(Dr) Megat Abdul Rahman Megat Ahmad dan Pengerusi Eksekutif Public Gold
Group Datuk Louis Ng Chun Hau.
Terdapat tiga penerima Darjah Paduka Mahkota Kedah (DPMK) yang membawa
gelaran Datuk iaitu Ketua Pengarah Tanah dan Galian Datuk Seri Azemi
Kasim, Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Angkatan Tentera Malaysia Puan
Sri Umi Kalsom Wan Awang dan Pengerusi Eksekutif Binary Universiti Datuk
Prof Joseph Andakalam.
Bagi Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk,
terdapat 41 penerima termasuk Duta Besar Malaysia ke Finland Puan Sri
Blanche Olbery dan dua exco Kedah, Badrol Hisham Hashim serta Norsabrina
Mohd Noor.
Penerima lain ialah Pegawai Daerah Kulim Datin Sepiah Isa, Yang
Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani A.Rahman Zainol, Pegawai
Daerah Langkawi Mohd Fuzi Mohaidin, Pegawai Daerah Kubang Pasu Zahari
Ismail, Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Ramli Din;
Panglima Wilayah Laut 3 Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Pertama
Muhamad Ridzwan Abd Rahman, Komandan Kolej Tentera Udara Brig Jen Sardon
Hassan, Komandan Maktab Polis Senior Asisten Komisioner Dr Yew Chong
Hooi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pematuhan Polis Diraja Malaysia
Senior Asisten Komisioner Siti Rohana Ahmad, Pegawai Kemajuan Negeri
Kedah Hadzir Md Zain;
Turut dianugerah DSDK ialah Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk
Paduka Annies Md Ariff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Pengajian
Tinggi) Kementerian Pendidikan Datuk Nasir Mat Dam, Timbalan Ketua
Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat Zulkiply Ramli, Pengurus
Besar Operasi Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah Abd Rahim Man;
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Abdullah Md
Din, Ketua Jabatan Bedah Hospital Sultanah Bahiyah Dr Shah Kamal Khan
Jamal Din, Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri
Sharifuddin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nadi Building Datuk
Mohamad Elkany Tan Sri Datuk Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit
Peneraju Agenda Bumiputera JPM Mohd Husni Mohamad Salleh.
Turut sama dianugerah DSDK ialah Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang
Negeri Ismail Salleh, Pengasas Maktab Mahmud Padang Terap dan Pondok, Pak
Teh Mat Ahmad Mohd Nor, Presiden Kulim Technology Park Corporation Sdn
Bhd, Annuar Mohd Saffar, Ketua Pegawai Operasi Sustainable Energy
Development Authority Malaysia, Ir Dr Ali Askar Sher Mohamad;
Pengarah Eksekutif Management and Science University Uzaimi Ibrahim,
Pengarah Eksekutif Kedah Industrial Skills Development and Management
Centre Wan Ismail Che Ibrahim, Pengerusi Koperasi Permodalan Guru-guru
Agama, Baharuddin Mohd Tahir, Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kedah Datuk
Cheng Lai Hock;
Pengarah Urusan First Solar Malaysia Sdn Bhd P'ng Soo Hong, Pengarah
BDEC Resources Malaysia Sdn Bhd Rashidi Saidin, Pengarah Urusan Tah
Chuan Dev Sdn Bhd Tan Kok Hooi, Presiden Persatuan Badminton Kedah Teoh
Teng Chor, Pengarah Epic Valley Holdings Sdn Bhd Md Hashim Nordin Abd
Manaf, Timbalan Pengerusi MCA Kedah Goh Chin Cheung;
Ketua Umno Bahagian Pokok Sena Said Ali Syed Rastan, Pengurus Heap Guan
Estate Khoo Chew Eow@Khee Seo Yau, Timbalan Pengerusi Kedah Medical
Centre Amiruddin Abdul Satar, Ketua Wanita Umno Bahagian Pokok Sena
Datuk Salmah Mat Isa dan Gan Kong Meng daripada The Light Liner.
Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK Kehormat) yang membawa gelaran Datuk
mempunyai tiga penerima iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Stores
(Malaysia) Sdn Bhd Georg Josep Fischer, Pengerusi Naam Sdn Bhd Dr Ravi
Ponniah dan Timbalan Presiden Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd
Peter Christian Halm. Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri
Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyampaikan darjah dan
bintang kebesaran tersebut di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit,
dekat sini hari ini. - Bernama