Ancaman Bom KLCC, Datuk Bandar Risau Isu Dikaitkan ISIS


Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur dilaporkan menerima sepucuk surat ancaman mahu mengebom bangunan ikonik negara, KLCC andai pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC) gagal memasukkan RM10 juta dalam empat akaun bank, semalam.

Memetik New Straits Times, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Taib berkata, beliau khuatir ancaman tersebut akan dikaitkan dengan kumpulan militan negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Datuk Seri Ahmad Phesal Talib

"KLCC merupakan tarikan pelancong, jika perkara ini diperbesarkan dan sampai kepada pengetahuan masyarakat luar negara, bimbang mereka tidak mahu datang," katanya yang dipetik dari Sinar Harian, hari ini.

Justeru bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, beliau telah menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

"Walaupun sebelum ini ada ancaman bom seperti di Paris dan Sydney, kita tidak mahu menimbulkan panik dalam kalangan orang ramai," katanya lagi.

bkt-aman-m5-May

Mengulas mengenai isu berkenaan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim menjelaskan bahawa hasil siasatan awal pihaknya mendapati ugutan tersebut dilakukan oleh individu yang terganggu.

Beliau turut berkata menerangkan bahawa hasil siasatan PDRM terhadap keempat-empat akaun yang dikenal pasti itu mendapati ia milik empat individu berbeza yang dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan kes ancaman tersebut. -Kedahnews.com