PENDUDUK di Kampung Lubuk Punggur Simunjan, Sarawak malam tadi gempar
dengan kehadiran seekor buaya yang muncul secara tiba-tiba dipercayai
keluar ekoran bencana banjir yang sedang berlaku ini.
Lebih memeranjatkan, penduduk setempat mendakwa ada dikalangan mereka hampir dibaham binatang reptilia itu.
Bagaimanapun, buaya tersebut berjaya ditembak hingga mati sebelum ianya mengganas dan memburu lebih banyak mangsa.
Sementara itu, penduduk kampung yang terletak di jajahan Kota
Samarahan ini meluahkan perasaan gusar dan bimbang jika kejadian
tersebut berulang.
Menurut sumber, ketika musim banjir berlaku sememangnya perkara
paling digeruni penduduk kampung ialah kemunculan buaya yang naik ke
kawasan kampung.
Tambahan pula, kedudukan kampung yang terletak agak jauh daripada bandar ini juga menyukarkan bantuan untuk tiba.
Apa yang diharapkan semoga situasi buruk ekoran banjir yang berlaku ini di Sarawak ini kembali pulih seperti sedia kala.
Kita doakan moga mangsa banjir di Sarawak menjaga keselamatan dan tabah menghadapi bencana alam ini.
Sumber: Mynewshub.cc