KONTROVERSI yang tercetus antara Edry KRU dengan bekas vokalis kumpulan MOJO, Aweera seperti tiada tanda-tanda bakal berakhir.
Masing-masing bertindak menyalahkan dan mengkritik satu sama lain
menerusi media meskipun vokalis baru kumpulan MOJO telah pun
diperkenalkan.
Tanpa kehadiran Aweera ekoran kontroversi yang melandanya dengan Edry, persembahan MOJO bersama band buskers OKU, Caliph Busker menerusi lagu Roman Cinta di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) minggu lepas berjaya mendapat perhatian luarbiasa penonton.
Ekoran itu, Aweera begitu berani mengeluarkan statement,
mendakwa Edry bijak ‘berdrama’ bagi meraih simpati masyarakat Malaysia
hingga kumpulan didiknya itu dipilih memenangi Persembahan Terbaik pada
malam tersebut.
Aweera |
Susulan itu, Edry memandang serius perkara berkenaan dan mengumumkan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Aweera.
“Apa yang saya boleh cakapkan di sini, pihak kami akan mengeluarkan
surat peguam dalam masa terdekat. Jangan kerana mulut, badan pula
binasa,” katanya kepada Harian Metro.
Edry berkata, keputusan tersebut diambil kerana bengang dengan sikap
Aweera yang keterlaluan hingga asyik mengkritik dan merendah-rendahkan
dirinya dan kumpulan MOJO menerusi media.
“Saya tidak faham kenapa dia perlu bertindak begitu, kenapa sikapnya
seolah-olah hendak lihat Mojo gagal (dalam bidang nyanyian). Menerusi
kenyataan-kenyataannya, dia tidak habis-habis hendak merendahkan kami,”
tambah Edry.
Apa yang boleh kami katakan, moga konflik antara mereka ini berakhir
dengan cara baik sebab industri seni kita ni bukannya besar sangat.
Bak kata Melodi, ‘Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi!’
Sumber: Mynewshub.cc