Kepala Batas - Dua lelaki yang menggunakan serbuk kari untuk melarikan
diri dari tahanan polis ketika sedang dibawa ke Mahkamah Butterworth
dari penjara Pulau Pinang pada Januari 2013 telah ditangkap semula.
Hamzani Harun, 39 dan Hisham Abdul, 41, kedua-duanya ditahan di sebuah kampung di Jitra, Kedah dalam satu operasi polis antara pukul 11.30 pagi Rabu dan pukul 3 pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata Hamzani dan Hisham telah menukar nama masing-masing kepada Mat Blue dan Sham Tok E dan memohon perlindungan di kampung itu untuk mengelak daripada dikesan.
Pada 7 Januari dua tahun lalu, kedua-dua mereka adalah antara tujuh tahanan yang melarikan diri daripada tahanan polis selepas melemparkan serbuk kari kepada anggota polis di dalam sebuah van ketika sedang dibawa ke Mahkamah Butterworth.

Dua daripada mereka telah ditembak mati manakala tiga yang lain ditangkap semula dalam tempoh enam hari kejadian.
Satu perintah reman akan diperolehi bagi Hamzani dan Hissham pada pukul 2.30 petang hari Khamis.

Sumber: mStar