Banjir: Bantuan Berterusn Dari E-Idaman, EPIC

 
ALOR SETAR - Pengendali pengurusan sisa pepejal Environment Idaman Sdn Bhd (Envi) bersama Kelab Inisiatif Pemuliharaan Alam Sekitar (EPIC) telah membelanjakan RM100,000 bagi membantu mangsa banjir di negeri Kedah, Perak, Perlis dan Kelantan.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Envi, Mohd Saiful Anuar Zainal berkata, bantuan RM100,000 yang disumbangkan itu berbentuk barangan keperluan harian serta peralatan persekolahan.
    
"Bantuan yang dihantar itu diharap dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Selain barangan keperluan, kami turut menghantar 20 pekerja untuk membersihkan kawasan di pantai timur dan Kuala Kangsar," katanya dalam kenyataan hari ini. 
 
Di Kedah, katanya, syarikat itu menyumbang barangan keperluan harian kepada 82 keluarga mangsa banjir di Padang Terap manakala bagi negeri Perlis, syarikat dan EPIC telah menyampaikan sumbangan beg sekolah dan baucar bantuan persekolahan kepada 285 pelajar mangsa banjir.
    
Sumbangan keperluan juga diberikan kepada 500 mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan di Perak antaranya SK Alor Pongsu, Kerian, SK Bukit Merah, Bagan Serai, Pejabat Pertanian Negeri Perak Titi Gantung dan SK Kayan, Setiawan," katanya. - Bernama