Ketika dilahirkan, jururawat di sebuah hospital menyangka Richie tidak dapat membuka mata ekoran keadaan mukanya yang membengkak teruk.
Namun selepas 13 hari barulah rahsia sebenar terbongkar apabila bayi lelaki itu sebenarnya telah dilahirkan tanpa mata.
Difahamkan bahawa ibunya, Kelly Lopez, sebelum ini dikatakan mengandung secara normal dan selepas
Richie dilapor gagal membuka mata, maka dia berasa bimbang lalu satu imbasan MRI
dilakukan terhadap bayi itu.
Selepas ujian dilakukan barulah Richie dikenalpasti telah menghidap penyakit yang sangat jarang dihidap oleh mana-mana individu lain di dunia yang dipanggil Anophthalmia.
Namun begitu, Lopez tidak pernah merasa putus asa dan sering mengharapkan agar saintis atau pakar-pakar perubatan dapat mencari jalan mengubati keadaan anaknya kelak menerusi kemajuan sains dan teknologi.
“Ia merupakan satu penemuan yang dramatik. Ketika kami meninggalkan
hospital, saya dapat rasakan setiap jururawat menangis bersama kami,’’
kata Lopez yang dipetik dari sumber.
Difahamkan bahawa Richie kini telah berusia tiga bulan dan pernah menjalani satu
pembedahan untuk membuat soket mata bagi tujuan masa depan supaya dia dapat
menggunakan anak mata prosthetic. -Kedahnews.com