PUTRAJAYA - Pengarah Bahagian Perkhidmatan Operasi
Pusat dan Agensi Jabatan Akauntan Negara, Kementerian Kewangan, Datuk
Che Pee Samsudin dilantik sebagai Akauntan Negara yang baharu berkuat
kuasa semalam.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata Che Pee, 57, menggantikan Datuk Wan Selamah Wan Sulaiman yang bersara wajib pada 18 Dis lalu.
Dalam satu kenyataan Isnin, beliau berkata pelantikan Che Pee adalah berdasarkan ciri-ciri kepimpinan, kelayakan, pengalaman dan kompetensi yang dimiliki oleh pegawai khususnya dalam perakaunan.
"Saya percaya Che Pee akan dapat memikul tanggungjawab dan melaksanakan tugas sebagai Akauntan Negara dengan penuh integriti dan profesional khususnya dalam menyedia dan memantapkan perkhidmatan perakaunan dan kewangan kerajaan yang komprehensif bagi mempertingkatkan akauntabiliti sektor awam," katanya.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Che Pee telah lebih 30 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan mula dilantik sebagai Akauntan pada 5 Jan 1982.
Antara jawatan yang pernah disandang Che Pee ialah Bendahari Negeri Kedah, Akauntan di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (Peminjaman), Institut Kefahaman Islam Malaysia (Peminjaman), Langkawi Development Authority (Peminjaman), Bahagian Pemajuan Sumber Perakaunan Jabatan Akauntan Negara dan Akauntan Negara Cawangan Perlis.
Ali juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Wan Selamah atas segala sumbangan dan khidmat yang diberi sepanjang memegang jawatan sebagai Akauntan Negara. -BERNAMA