Bengang ditegur majikan kerana dikatakan tidak menjalankan tugasan dengan baik, seorang amah dari Indonesia dilapor telah bertindak menuang minyak angin miliknya ke dalam dua paket susu badan majikannya.
Dalam kes yang berlaku di Singapura itu, minyak angin jenis kayu putih telah dimasukkan ke dalam paket-paket susu berkenaan yang disimpan di dalam peti sejuk untuk bayi majikannya yang baru berusia dua bulan.
Walau bagaimanapun, tindakan amah yang cuba melakukan khianat itu berjaya disedari majikannya lebih awal ketika membuka satu
daripada lima paket susu yang disimpan dan tercium bau yang agak pelik.
Setelah diperiksa, majikan itu turut mendapati
satu lagi paket susu untuk bayinya turut mempunyai bau pelik yang sama.
Curiga dengan susu "pelik" itu, majikannya segera menyelongkar barangan
amah tersebut dan menemui sebotol minyak kayu putih yang mempunyai bau sama
dengan paket-paket susu di dalam peti ais berkenaan
Selepas diajukan dengan beberapa soalan, amah Indonesia berkenaan akhirnya mengaku perbuatan khianatnya dan merayu-rayu agar tidak diserahkan kepada pihak berkuasa di negara itu.
Bagaimanapun, difahamkan bahawa rayuan amah itu tidak diendahkan oleh majikannya dan kes yang telah dilaporkan pada pihak berkuasa Singapura itu bakal diputuskan di mahkamah pada 15 Januari ini.
Jika sabit kesalahan, amah itu akan dikenakan denda dan bakal berdepan hukuman penjara sehingga tempoh lima tahun sebelum dihantar pulang.
Mungkin kerana sikap dan perangai "cantik" amah sebegini menyebabkan amah-amah Indonesia memikirkan mereka layak diberi gaji setinggi RM700 dengan makan dan penginapan mereka ditanggung majikan di Malaysia? Layakkah?
Mungkin benar ramai keluarga di Malaysia yang memerlukan khidmat amah dari Indonesia, tapi mengenangkan sikap, perangai, "demand", kerja yang tidak seberapa dan pelbagai kerenah mereka menyebabkan ramai yang berfikir 100 kali.
Bagaimanapun, kita yakin tidak semua amah Indonesia bersikap begitu, bukan? Ada yang baik, terlalu baik dan cemerlang.
Namun, dipercayai tindakan segelintir amah dari Indonesia yang sebegini akan menyebabkan reputasi rakan-rakan mereka yang mencari rezeki yang halal di Malaysia.
Pelik tapi benar, difahamkan ramai amah Indonesia yang bagus-bagus hanya meminta gaji serendah RM400 hingga RM500 sahaja sebulan dari majikan di negara kita berbanding amah-amah "hebat" yang mendesak diberikan gaji dari RM700 hingga RM900! -Kedahnews.com