Gambar profil pekerja teknikal Air Asia, Syaiful Rahmat yang betugas dalam pesawat QZ8501 ketika ia hilang dari kawalan radar. |
"Kerjakan amal dengan ikhlas dan sesuai dengan sunnah".
Begitulah status terakhir salah seorang anak kapal pesawat QZ8501 yang masih belum ditemui mayatnya dan merupakan pekerja
teknikal (bahagian radio komunikasi) AirAsia, Syaiful Rahmat, 38,
dari Pekan Baru, Riau.
Menurut kakaknya yang hanya dikenali sebagai Lia, Syaiful selalu menulis status berbaur agama di Blackberry Messenger (BBM) atau akaun Facebook miliknya sebelum ini dan ia bukan merupakan perkara aneh pada anak kapal Air Asia yang dikatakan agak warak itu.
Rakan Syaiful yang dikenali sebagai Rudi sependapat dengan Lia dan menyifatkan rakannya itu sebagai eorang yang pandai bergaul dan baik agamanya malah sering mengingatkan rakan-rakan lain soal ibadah.
Menurut Rudi, kali terakhir dia bertemu Syaiful, dia tidak dapat melupakan bau harum luar biasa dari rakannya itu yang dikatakan bukan merupakan bau biasa seperti minyak wangi.
“Harumnya tidak seperti hari-hari biasa, sangat harum, sepertinya bukan harum minyak wangi,” kata Rudy menceritakan keharuman Syaiful ketika itu.
Pun begitu, Rudy mengaku tidak dapat mengesahkan sama ada itu petanda Syaiful akan pergi
selama-lamanya, namun yakin bahawa pertemuan kali terakhir dengan sahabatnya itu seolah terasa keanehan
baginya.
Syaiful
yang sudah berkahwin dan dilaporkan telah mempunyai tiga cahayamata.
Lia menunjukkan status terakhir BBM adiknya. |
Beberapa jenazah anak kapal masih berada di Selat
Karimata atau ianya salah satu daripada mayat yang sedang menanti proses
pengecaman di Surabaya.
Hingga semalam, hanya dua mangsa dapat dikenal pasti daripada tujuh anak kapal yang bertugas di pesawat
QZ8501 pada hari kejadian, iaitu
pramugari Khairunisa Haidar Fauzi yang berasal dari Palembang dan
pramugara Wismoyo Ari Prambudi dari Klaten. -Kedahnews.com