Berita Baik Untuk Penggemar Pizza: "Perang Harga" Pizza Hut, Domino's Pizza!

BERITA baik buat penggemar pizza semua!

Kedua-dua outlet pizza popular di Malaysia, Pizza Hut dan Domino’s Pizza kini memang bagi harga promosi kaw-kaw punya buat anda menjamu selera.

Promosi yang dijalankan Pizza Hut bermula awal bulan ini yang menawarkan 16 variasi pizza yang diberi potongan harga sebanyak 50 peratus.

Personal pizza dijual RM5, RM10 bagi saiz regular dan RM15 bagi pizza bersaiz besar, tapi promosi ini hanya sah untuk pesanan ‘take away’ sahaja.

Sementara itu, Domino’s Pizza terlebih dahulu tampil dengan promosi serupa, yang mana promosi hebat boleh digunakan sama ada ‘dine in’ di situ mahupun untuk pesanan ‘take away’.

dominos

Apa lagi, cepat-cepatlah serbu rangkaian pizza berdekatan anda untuk menikmati harga runtuh yang ditawarkan mereka!