Memasuki tahun 2015, kelibat dua pengacara Melodi terdahulu, Zulin
Aziz dan Sheery Alhadad tidak lagi kelihatan setelah kontrak mereka
selama enam bulan tidak disambung.
Menerusi cakap-cakap belakang, ramai yang beranggapan bahawa
pengacara sensasi, Azwan Ali bakal mengemudi rancanga hiburan nombor
satu itu bagi menggantikan peranan Zulin dan Sherry.
Malah, ada sebilangan individu meluahkan rasa tidak puas hati
terhadap pelakon filem Puteri Impian itu kerana mendakwa dialah punca
kedua-dua pengacara tersebut disingkirkan dari program tersebut.
Melalui portal hiburan Murai, Azwan Ali menjawab tuduhan tersebut dalam ayat sinikal, “Aku nak jadi hos Nona atau Wanita Hari Ini (WHI), kau mampu?”
Ya, mungkin ia kedengaran melucukan, namun ujaran tersebut merupakan
satu bidasan halus buat telahan yang dibuat oleh sebilangan blogger dan
pengguna laman sosial.
“Saya tidak ada kena mengena dengan isu
ketiadaan mereka dalam Melodi. Tolong hormat dengan apa jua keputusan
yang dibuat sendiri oleh pihak TV3. Dan berita yang disebarkan oleh
bloggers-bloggers yang kononnya Azwan Ali bakal jadi hos baru Mmelodi
TV3 adalah satu bidaah.
"Saya memang ada ke TV3 berpuluh kali, malah dalam bulan ini
pun saya masih jejakkan kaki ke sana, tetapi sebab apa… biarlah rahsia.” katanya lagi.
Tambah Azwan, Melodi merupakan sebuah program yang pernah mendapat
sentuhannya semasa zaman Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) menjadi
pengacara dan ia merupakan satu memori yang akan dikenang selamanya.
Walaupun tidak berpeluang mengacara rancangan tersebut, namun dia
reda dan menghormati keputusan yang diputuskan oleh pihak TV3 sendiri.
Dalam pada itu, Azwan tidak menafikan pernah menyuarakan pandangan
tentang kegagalan dua pengacara tersebut mengendalikan Melodi kepada
penerbit semasa, Michelle, namun menolak andaian dia punca kontrak
mereka tidak disambung.
“Kepada haters-haters yang boleh dibilang dengan jari dan
sentiasa panas punggung dengan Azwan Ali, tolong hentikanlah menyalak
dengan mengatakan kononnya saya tidak layak jadi hos Melodi.
Apapun, pada tahun 2015, saya telah mendapat tawaran untuk
bekerja dengan Media Prima dan saya terima apapun jawatan saya nanti.
Thank you kepada Tan Sri Johan Jaafar kerana amat menghormati seseorang
yang bernama Azwan Ali.”