Bila Gadis Bekas Model Playboy Bertukar Jadi Guru...

Bekas model Playboy yang bertukar kerjaya sebagai guru kini berdepan risiko dibuang kerja selepas dia dilaporkan gagal hadir ke sekolah, setelah mengalami kecederaan tulang belakang ketika membintangi program realiti, ‘Rendezvous in Paradise’.

Kegagalan Doris Kemptner, 25, yang juga bekas Miss Vienna, untuk mengajar juga telah mencetuskan kemarahan ramai di ibu negara Austria itu.

Malah difahamkan bahawa wakil rakyat kawasan itu turut dihujani dengan surat dan emel daripada orang ramai yang marah dengan Kemptner dan mereka menyifatkan dia sangat tidak sesuai untuk menjadi guru.

cikgu

Kemptner yang memiliki ijazah dalam bidang falsafah, psikologi dan sains nutrisi dari Universiti Vienna bagaimanapun bertekad untuk berdepan dengan mereka yang mengkritiknya.

“Saya tidak hadir ke sekolah hanya dalam masa empat jam sahaja disebabkan doktor memaklumkan bahawa saya tidak boleh terbang (menaiki kapal terbang).

“Saya tidak tahu kenapa saya diserang sebegini rupa tapi saya tahu akan ada yang cemburu,’’ katanya.

Kemptner menjadi model Playboy pada bulan April 2009 dan pada 2012 dia menjadi model muka depan majalah Playboy untuk edisi Belanda. -Agensi