ALOR SETAR - Bilik gerakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan beroperasi tujuh hari seminggu bagi
membolehkan orang ramai membuat aduan mengenai kenaikan harga atau
makanan.
Ketua Anti Pencatutan KPDNKK Kedah, Ariffin Muslim berkata, ia dibuka bermula jam 5 petang pada setiap hari selepas waktu pejabat sehingga jam 10 malam termasuk Jumaat dan Sabtu.
"Bagaimanapun sejak awal bulan ini belum ada sebarang aduan kenaikan harga barang atau makanan dari pengguna.
"Pegawai pemantau harga memantau setiap hari beberapa lokasi seperti pasar basah, pasar tani, kedai runcit dan pasar raya bagi memastikan peniaga tidak sewenangnya mengambil kesempatan menaikkan harga," katanya kepada media selepas melakukan pemantauan harga barang di Pasar Raya Besar Alor Setar, di sini, hari ini.
Beliau berkata, pemantauan di pasar berkenaan juga mendapati peniaga mematuhi harga yang ditetapkan walaupun beberapa barangan seperti sayuran meningkat sedikit kerana kenaikan kos serta bekalan tidak mencukupi.
"Harga barangan basah seperti daging dan ayam kekal seperti dua minggu lalu manakala harga ikan seperti kembung turun dari RM12 kepada RM11 serta ikan tongkol dari RM10 kepada RM9.
"Sayuran seperti bendi naik dari RM7 ke RM10 manakala kacang buncis naik kepada RM13 namun masih lagi terkawal," katanya.
Beliau berkata, peniaga yang dikesan melakukan kesalahan menaikan harga barang atau perkhidmatan boleh dikenakan tindakan bawah Akta Kawalan Barang dan Anti Pencatutan 2011 (Pindaan 2014) bagi membendung tindakan pencatutan atau pengambilan keuntungan tinggi yang tidak munasabah.
"Peraturan Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (mekanisme untuk menentukan keuntungan tinggi yang tidak munasabah) (margin keuntungan bersih) 2014 yang bermula awal tahun ini akan dikuatkuasakan dari 2 Januari hingga 30 Jun 2015.
"Sepanjang tempoh itu peniaga tidak boleh menaikkan margin keuntungan bersih bagi apa-apa barangan atau perkhidmatan melainkan kenaikan margin disebabkan kos munasabah serta boleh dibuktikan dengan dokumen sokongan," katanya.
Menurutnya, jika disabit kesalahan individu yang melakukan kesalahan pertama kali boleh didenda maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara atau keduanya.
"Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, denda maksimum RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya.
Sementara kesalahan dilakukan pertubuhan perbadanan kesalahan kali pertama denda maksimum RM500,000. Kesalahan kedua dan seterusnya denda maksimum RM1 juta.

Sumber: Sinar Harian