SUDAH menjadi kewajipan bagi manusia yang waras dan berakal agar menunaikan ibadah lima waktu yang dituntut oleh agama.
Sembahyang itu sememangnya perkara wajib dan tidak boleh ditinggalkan bagi seorang yang bergelar Muslim.
Baiklah, kami ingin kongsikan sebuah cerita yang menarik tentang perkara ini.
Melalui sebuah gambar yang dikongsikan oleh seorang pengguna
Facebook, sebuah hospital di Tawau, Sabah telah memberikan ‘peringatan’
yang kami anggap sangat-sangatlah berguna.
Tertera di dalamnya “Solat 5 waktu telah diwajibkan kepada setiap
orang Islam dan tidak boleh ditinggalkan walaupun semasa sakit kecuali
tidak sedarkan diri, hilang akal atau gila”
Dilaporkan para pekerja hospital tersebut akan membantu serta mengajar pesakit-pesakitnya yang ingin melakukan ibadah solat.
Iyalah, bukan semua pesakit tahu cara-cara yang betul untuk melakukan solat ketika sakit bukan?
Kemudahan tempat sembahyang yang selasa juga dikatakan telah disediakan kepada pelawat-pelawat di hospital berkenaan.
Apa-apa pun, syabas diucapkan kepada Hospitad Tawau ini, diharapkan
peraturan yang ditetapkan ini dicontohi oleh kebanyakkan hospital lain
juga.
Sumber: Mynewshub.cc