Gambar Hiasan |
DHAKA – Sebuah bot nelayan yang sarat dengan imigran Bangladesh yang
dikatakan hendak ke Malaysia karam dibadai ombak besar hari ini dan 24
penumpang masih hilang, kata polis.
Pihak berkuasa sudah menyelamatkan 32 wang Bangladesh di Teluk
Benggal selepas bot itu karam kira-kira 2.5 kilometer dari pantai,
tetapi ramai yang masih hilang.
“Kira-kira 24 orang masih hilang. Pengawal pantai dan polis masih
meneruskan operasi menyelamat,” kata seorang pegawai polis, Masud Alam.
“Penumpang yang terselamat beritahu kami ada kira-kira 60 orang dalam
bot itu. Semua penumpang adalah warga Bangladesh dan mereka menuju ke
Malaysia secara haram menerusi laut,” katanya.
Anggaran mengenai jumlah penumpang tidak sama, apabila sebuah stesen
TV swasta, Somoy dalam laporannya menyebut ada 100 penumpang ketika bot
itu karam berhampiran pulau Kutubdia.
Bot itu dipukul ombak besar tidak lama selepas meninggalkan Chittagong, sebuah bandar pelabuhan di selatan negara itu.
Beribu-ribu warga miskin Bangladesh termasuk pelarian etnik Rohingya
meninggalkan Myanmar untuk ke Malaysia setiap tahun dengan melalui
perjalanan laut yang berbahaya sejauh 3,200 kilometer. – AFP