Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama kuih ini. Namun jika sekali merasa, diyakini hendak lagi.
Bunga Pudak merupakan salah satu kuih kebanggaan rakyat negeri Kedah.
Berasal dari negeri Jelapang Padi, kuih tersebut merupakan antara juadah minum petang bagi anak-anak Kedah dan sering dihidangkan kepada tetamu yang bertandang.
Kuih berasaskan kelapa itu boleh didapati dalam pelbagai warna.
Dipercayai, kemahiran menghasilkan kuih Bunga Pudak itu kian hilang kini.
Justeru itu, Kedahnews.com ingin berkongsi resepi Bunga Pudak bersama para pembaca. Mungkin ada yang ingin mencuba membuat kuih tersebut di rumah.
Jika ingin membeli kuih tersebut, ia boleh diperoleh dengan mudah di Pekan Rabu, Alor Setar, atau di beberapa premis kuih kering di sekitar negeri Kedah.
Berikut adalah resepinya;
Inti
1 biji kelapa parut
1 cawan gula pasir
sedikit garam
perasa ros
pewarna kuning/merah/hijau
Kulit
1 bungkus tepung pulut
1 cawan air
1 cawan garam halus
Caranya
1. Campurkan semua bahan untuk inti.goreng dgn api sederhana, kacau hingga kering.
2. Gaul semua bahan untuk kulit. biar 1/2 jam
3. Sediakan kuali sederhana panas.ambil 1 camca adunan tepung masuk dlm penapis kopi, ayak tepung tersebut ke dalam kuali. Ayak rata dalam bentuk bulat.
4. Masuk inti ditengahnya. lipat empat segi.
5. Panaskan seketika, angkat dan ulangi hingga habis.
Nampak mudah, kan? Cubalah. Baru tahu jadi atau tidak... -Kedahnews.com