Roman Cinta mantap dari Mojo featuring Caliph Busker, semalam. |
Memenangi kategori persembahan terbaik sempena AJL semalam, kumpulan yang dianggotai oleh sekumpulan orang kurang upaya itu mendapat lebih perhatian berbanding penyandang juara lagu semalam, Jo Fizzlow dan Sonaone, yang membawa lagu genre hip-hop, Apa Khabar.
Kedahnews.com tidak nampak sebarang elemen simpati dalam komen-komen yang disampaikan para peminat muzik terhadap Caliph Busker, melainkan pujian melangit pada kemantapan vokalisnya, Azmi Saat.
Difahamkan Azmi merupakan anak kelahiran Felda Tenggaroh 3, Mersing, di Johor, dan telah berkeluarga serta dikurniakan seorang anak.
Caliph Buskers sering kali dilihat membuat persembahan jalanan di kaki lima sekitar Jalan Tengku Abdul Rahman (Jalan TAR), KLCC dan beberapa kawasan pusat tumpuan awam di ibu negara.
Caliph Buskers sering kali dilihat membuat persembahan jalanan di kaki lima sekitar Jalan Tengku Abdul Rahman (Jalan TAR), KLCC dan beberapa kawasan pusat tumpuan awam di ibu negara.
Mengikut pemantauan kami, ramai di kalangan warga netizen juga mula "mengorek" latar belakang identiti Caliph Busker terutama selepas berakhirnya AJL ke-29 semalam.
Paling menarik, ramai di kalangan peminat yang menonton juga mempertikai kemenangan Jo Fizzlow dan Sonaone yang dikatakan tidak tepat, sebaliknya kemenangan itu wajar diberikan pada Roman Cinta.
Menurut mereka, lagu bergenre hip-hop agak kurang sesuai untuk dinobat sebagai juara lagu ekoran dikatakan wujud pertentangan budaya ketimuran berbanding genre pop yang lebih diterima dalam budaya rakyat Malaysia.