Che Ta Teruja Nak Hamil Lagi, Paling Awal Hujung Tahun Ini


Kagum kami dengan semangat pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan atau Che Ta yang berhasrat untuk hamil lagi selepas ini. 

Memetik laporan Murai.com, dia merancang untuk menambah cahaya mata paling awal pada penghujung tahun ini.

Keinginan Che Ta itu turut mendapat sokongan suaminya, Zain Saidin yang sememangnya cukup suka kepada kanak-kanak.

“Kalau boleh dan jika ada rezeki saya mahu hamil lagi lepas ni dan paling awal hujung tahun ini lah. Yelah, nasihat doktor kalau saya mahu hamil perlu dalam masa beberapa tahun terdekat inj kerana usia saya pun sudah semakin lanjut.

“Tapi kita kena ikut nasihat doktor lah macam mana jika kesihatan dan keadaan saya mengizinkan, saya memang nak hamil lagi.

“Kalau tiada apa halangan insyaAllah saya merancang hendak hamil selepas Aaisyah pun sudah besar sedikit,” katanya.

Bayi perempuan Che Ta dan Zain, Aaisyah Dhia Rana.
Bayi perempuan Che Ta dan Zain, Aaisyah Dhia Rana.
Che Ta sebelum ini pernah meluahkan rasa bimbangnya ketika mengandungkan Aaisyah kerana kali terakhir dirinya mengandung ialah pada 16 tahun lalu.

Nampaknya kebimbangan itu sudah berakhir, malah berganti dengan rasa teruja pula kini.

Bak kata orang, selagi ada peluang, selagi itu kita perlu mencuba. Tak gitu? 

Sumber: Mynewshub.cc