AKIBAT dijangkiti kuman di bahagian paru-paru (Bronkitis), chef selebriti bertaraf antarabangsa, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail kini ditahan di wad.
Berita ini disahkan anak perempuannya yang juga aktres dan pengacara, Serina Redzuawan melalui laman Instagram.
Melalui status, Serina memaklumkan kondisi bapanya menyebabkan rakan
taulan mahupun ahli keluarga tidak boleh melawat buat masa sekarang.
“Papa please get well soon.. Rina & cucu papa doakan papa cepat sihat balik, so sad tak boleh melawat Papa. Doktor tak benarkan… sebab Papa kena berehat tak boleh ada guest or family visit.
“To all my fans & family please doakan papa @chefwan58 Serina cepat sembuh dari Bronchitis infection. Love you Papa,” tulis Serena.
Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan mengenai lokasi atau nama hospital yang memberi rawatan kepada chef terkenal itu. -Kedahnews.com