Pernahkah anda terfikir untuk menikmati sajian bubur nasi, mee kari atau nasi ayam di restoran makanan segera?
Jika anda merasakan restoran makanan segera tidak menghidangkan menu klasik seperti itu, anda silap!
Ini kerana, restoran makanan segera milik anak tempatan, Marrybrown
menawarkan pelbagai jenis menu selera tempatan selain hidangan ala barat
sedia ada. Pengurus perniagaannya, Michael Liew berkata, sejak ia
dibuka pada tahun 1981, jenama tersebut tidak asing lagi dengan makanan
segera yang unik, termasuk ayam goreng dan sajian makanan ala Malaysia.
“Bukan saja di Malaysia, malah misalnya di Maldives, memandangkan ikan
tuna adalah makanan utama mereka, maka kami turut menawarkan menu
berasaskan tuna seperti burger, kari dan nuget,” katanya ketika ditemui
pada majlis pelancaran cawangannya ke 150 di Malaysia yang terletak di
Bandar Tun Husein Onn, Cheras, Kuala Lumpur.
Bagi penggemar ayam goreng, anda juga harus mencuba hidangan ayam dari
Marrybrown yang ranggup dan lazat disaluti dengan 12 rempah rahsia.
Selain itu, Marrybrown turut menawarkan hidangan burger, kentang goreng,
nasi lemak dan nasi ayam serta pemanis mulut.
Sedikit sejarah mengenai restoran ini, operasinya bermula 33 tahun
lalu di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru yang diuruskan oleh sepasang
suami isteri, Lawrence Liew dan isterinya, Nancy Liew dengan ayam goreng
rangup sebagai hidangan utama.
Kini, Marrybrown Sdn Bhd beroperasi di 16 buah negara dengan 450
rangkaian restoran di seluruh dunia antaranya di Afrika, Emiriah Arab
Bersatu, Timur Tengah, Myanmar, China dan India melalui sistem
perniagaan francais yang memenangi banyak anugerah sejak penubuhannya.
Apa yang menarik seluruh hidangan di restoran Marrybrown samada dalam dan luar negara adalah HALAL. Jadi jika anda melancong ke luar negara dan menemui restoran Marrybrown, usah risau untuk menikmatinya.
Dapatkan maklumat promosi terkini di laman sesawang Marrybrown di sini.
Sumber: Mynewshub.cc