BERMULA dengan kontroversi mengecam perkahwinan anaknya, Yaya
Maembong yang dianggap berlebih-lebihan, nama pelukis terkenal, Ismail
Maembong secara tiba-tiba panas dalam kalangan peminat industri hiburan
tempatan.
Belum pun reda perihal perkahwinan itu, muncul satu lagi kenyataan
daripada Ismail bahawa beliau menganggap Chacha sebagai anak derhaka
susulan penjelasannya kepada media memberitahu, dia dan adik-beradiknya
berpindah secara rela ke sebuah kondominium dan bukannya dihalau ke flat
seperti didakwa oleh bapanya.
Itu belum termasuk luahan tidak puas hati Ismail terhadap pendapat
Zizan yang juga merupakan kekasih anaknya, Emma Maembong mengenai isu
majlis kahwin sederhana lagi..
Pendek kata, satu demi satu isu yang ditimbulkannya sehingga ada
peminat menganggap Ismail terlalu lantang bersuara sehingga menjejaskan
hubungannya dengan anak-anaknya.
Bagaimanapun, luahan Emma menerusi akaun Instagram membuktikan kelantangan bapanya itu tidak sesekali mengurangkan rasa hormatnya terhadap pelukis itu.
Sebaliknya, dia menganggap ia sebagai lumrah bagi seorang bapa yang
sedang meniti usia tuanya yang semakin mudah merajuk dan terasa hati.
Sejujurnya, kami tabik dengan kematangan Emma dalam menghadapi kemelut yang melanda keluarganya.
Harapnya, keluarga besar ini akan terus bersatu dan menyelesaikan setiap masalah yang berlaku sebaik-baiknya.