Macam-macam ragam dunia netizen menghadapi episod banjir terburuk yang melanda negara sejak lewat tahun lalu.
Ada yang sebarkan berita palsu hingga terpaksa diheret menjawab pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan ada pula yang sibuk buat "troll" terhadap para pemimpin politik negara.
Antara "troll" terkini yang viral di laman-laman sosial ialah usikan warga netizen terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang yang juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Najib sebelum ini membatalkan cuti hujung tahunnya bersama keluarga dan bergegas pulang ke tanahair sejurus bermain golf "politik" dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, demi bersama mangsa-mangsa banjir dan menghulurkan rasa prihatin atas takdir yang menimpa.
Berlainan pula dengan Anwar yang kelibatnya dilihat leka berbasikal di New Zealand dalam sekeping gambarnya yang tersebar meluas sejak 18 Disember lalu dan hanya menyampaikan rasa simpatinya dari jauh, di Cathays Park, United Kingdom, baru-baru ini, serta tidak pulang ke Malaysia.
Liha saja dialog di bawah. Entah siapa yang reka dialog "troll" berkenaan yang tersebar meluas di laman sosial, namun sangat mencuit hati! -Kedahnews.com