Walaupun pernah dihimpit gosip pergolakkan rumah tangga, namun baik
aktres Diana Rafar mahupun suaminya, pelakon drama Zamarul Hisham lekas
menepis isu tersebut.
Ia mula timbul apabila banyak pihak melihat Diana jarang memuat naik
foto dirinya bersama Zamarul di laman Instagram, malah sering menghadiri
majlis berseorangan.
Akhirnya semalam, portal akhbar Berita Harian melaporkan
Diana telah menfailkan penceraian ke atas Zamarul, malah ia disahkan
sendiri oleh pelakon filem Susuk itu.
“Ya, saya sudah menfailkan penceraian sekitar jam 1 tengah
hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan
kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi,” katanya kepada akhbar berkenaan.
Pasangan tersebut telah bernikah pada 2009 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lima tahun, Kashfi Haikal.
Melalui ruangan Instagram semalam, Zamarul memuat naik satu gambar bersama Diana dan anaknya dengan ‘caption’, “Maaf Mama sebab tak sempat habiskan makan with you nd Kash.”
Apa-apapun, usahlah kita membuat sebarang spekulasi dan mendoakan
yang terbaik buat pasangan ini dalam mencari perdamaian agar rumah
tangga mereka kembali seperti sediakala.