Disahkan Dijangkiti Virus E.Coli, Perdana Menteri Pantau Banjir Dari Rumah


Seluruh negara kecoh sejak pagi tadi apabila dikejutkan dengan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikhabarkan sakit akibat dijangkiti virus E.Coli.

Menurut sumber, virus tersebut dipercayai telah berjangkit pada Perdana Menteri ketika beliau mengadakan lawatan demi lawatan ke kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir buruk baru-baru ini.

Perkara ini turut disahkan menerusi akaun Twitter rasmi pejabat PM, @PMOMalaysia sebentar tadi.


Virus Escherichia Coli atau lebih dikenali sebagai E.Coli merupakan sejenis virus yang boleh menyebabkan pesakit mengalami kekejangan pada bahagian abdomen, muntah, keletihan dan dihidrasi kerana kehilangan air dalam badan.


Dalam perkembangan berkaitan, Najib dalam akaun Twitter peribadinya memberitahu, akan tetap terus memantau operasi bantuan banjir meskipun dari rumahnya.

Secara peribadi, Kedahnews.com atas dasar fiqh Islam kepada pada "ulil-amri" mendoakan moga pemimpin negara kita segera sihat dan pulih seperti biasa. -Kedahnews.com