KOTA KINABALU - Dua beradik mati akibat tertembak senapang buatan
sendiri ketika memburu babi hutan bersama seorang rakan mereka di hutan
Ulu Meligan di Sipitang kira-kira 144km dari sini tengah hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sipitang, Asisten Superintendan Mohamad Zulkifle Mohd Yaacob berkata, dalam kejadian 12 tengah hari itu, mangsa berumur 22 tahun, sedang berehat selepas memburu dan menikmati makan tengah hari di hutan tersebut bersama seorang rakan berumur 33 tahun.
Sebelum itu, mereka terpisah di hutan semasa memburu sebelum mangsa mengambil keputusan berehat bersama rakannya sementara menunggu abangnya untuk makan tengah hari.
Secara tiba-tiba satu tembakan dilepaskan ke arah mereka yang mengenai belakang mangsa menyebabkannya mati di tempat kejadian.
Rakan mangsa pula cedera parah di bahagian badan dan kepala, kata Mohamad Zulkifle.
Katanya abang mangsa berumur 27 tahun yang berada di kawasan berdekatan pula dijumpai dengan kesan tembakan di dada.
Mohamad Zulkifle meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. - Bernama