Energizer Pun Ada Telefon Pintar, Keluarkan 4 Yang Tahan Lasak!


Energizer pada penghujung tahun 2014 yang lepas dikatakan akan memperlihatkan keluarga telefon pintar mereka yang dibangunkan bersama oleh DDM Brands.

Seperti dijanjikan, ia telah pun diperlihatkan di CES 2014, dimana sebanyak empat model diperlihatkan pada acara berkenaan.

Energizer dilihat tidak memfokuskan kepada hanya telefon pintar sahaja, dimana model telefon bimbit turut diperlihatkan.

Empat model yang diperlihatkan adalah Energy 200, Energy 240, Energy 400 dan juga Energy 500.

Energy 400 dan juga Energy 500 merupakan dibawah keluarga telefon pintar, sementara Energy 200 dan juga Energy 240 merupakan model telefon bimbit.

Screenshot-177

Kesemua keluarga ini memfokuskan kepada penawaran masa bertahan bateri yang lama, dan juga pada masa yang sama membawakan rekaan yang tahan lasak.

Dari segi spesifikasi, Energi 500 merupakan model bersaiz 5-inci dengan bateri berkapasiti 3000mAh, sementara Energy 400 merupakan model bersaiz 4-inci dengan bateri berkapasiti 2500mAh.

Dilengkapi dengan cip pemprosesan MediaTek, dan menjalankan Android 4.4 KitKat.

Kedua-duanya hadir dengan sokongan IP68 yang mana kalis air dan juga debu.

Rekaan kerangka luar berasaskan getah juga dilihat dapat menerima hentakan daripada ketinggian tiga meter.

Untuk rakaman gambar pula, Energy 500 menyertakan kamera belakang 13-megapixel, sementara Energy 400 menyertakan kamera belakang 8-megapixel.


Sumber: Mynewshub.cc