Escort Girl: 10 Artis Sedang Dipantau Bukit Aman

Gambar Hiasan
Pihak berkuasa dilaporkan sedang memantau sekurang-kurangnya 10 artis wanita tempatan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gadis peneman atau escort girl yang mampu memberi pulangan lumayan atas perkhidmatan yang ditawarkan itu.

Menurut laporan Harian Metro, beberapa artis popular yang kebanyakannya pelakon mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 hingga RM10,000 untuk satu malam termasuk perkhidmatan seks.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik mendedahkan perkara tersebut dan mengakui senarai 10 artis wanita itu kini dalam pemantauan pasukannya.

girl1

"Ada antara artis itu sudah berkahwin dan kita percaya dia sudah berhenti. 

"Namun, masih ramai lagi yang dikesan aktif di luar sana. Mereka bukan sahaja popular sebaliknya ada juga yang masih baru dalam dunia seni,” katanya yang dipetik dari akhbar berkenaan hari ini.

Menurut Roslee, artis-artis yang dikesan terlibat itu dipercayai tidak bergerak sendirian, sebaliknya mempunyai "orang tengah" yang bertindak mengaturkan pertemuan dengan golongan atasan atau VIP yang berminat untuk melanggan mereka.