InsyaAllah, Thank You... |
Bagi sesetengah dari kita, ramai yang begitu mudah mengungkap ungkapan "insyaAllah" sekiranya dijemput menghadiri majlis atau diminta sesuatu dari kita.
Kononnya dengan jawapan "playsafe" itu, mungkin kita dapat "mengelak" untuk hadir, sekadar mahu menjaga hati atau cuba membayangkan "warak"nya kita di mata manusia.
Namun sedar atau tidak, itulah istilah yang sering "disalahgunakan" oleh kebanyakan khususnya orang kita tanpa memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ungkapan "insyaAllah" itu.
Justeru itu, Kedahnews.com kongsikan video yang dibawakan oleh LawakSentral dengan harapan ia dapat memberikan contoh
terbaik mengenai kekeliruan sesetengah masyarakat tentang penggunaan
lafaz tersebut.
Berdasarkan video berkenaan, jelaslah bahawa ungkapan InsyaAllah itu bermaksud 99.9 peratus kita sudah
berjanji akan menunaikan permintaan dan hanya akan terhalang dengan kehendak Yang Maha Kuasa sahaja.
Jadi, sekiranya anda masih tidak pasti lagi untuk memenuhi permintaan sesuatu
perkara, dinasihatkan supaya tidak menggunakan kalimah "insyaAllah", sebaliknya boleh mencuba menggunakan ungkapan seperti "tidak
pasti lagi" atau "saya tidak boleh janji".
Mudah-mudahan anda semua terhibur dan memahami dengan lebih jelas, kan? -Kedahnews.com