Belum pun reda isu perbalahan antara pelakon jelita, Nur Fazura dan Sara Ali, timbul pula cerita lain yang lebih panas mengenai selebriti cantik jelita ini.
Khabarnya, sebuah video lucah berdurasi seminit yang membabitkan
dirinya mula tersebar di internet dan ia turut dihantar kepada wartawan
Harian Metro menerusi email pada 23 Disember lalu.
Bagaimanapun, Fazura menafikan sekeras-kerasnya dia terlibat dalam
video tersebut dan memberitahu bahawa dia telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya
Komunikasi Malaysia (SKMM).
“Saya tidak pernah terbabit dengan mana-mana video lucah.
“Saya juga mendapatkan nasihat undang-undang dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan,” tegasnya yang dipetik dari akhbar tersebut.
Sebenarnya, insiden ini bukan kali pertama nama Fazura dikaitkan dengan penyebaran video lucah.
Beberapa tahun lalu, kecoh seantero Malaysia apabila rakaman seorang
gadis yang dikatakan mirip wajahnya sedang melakukan aksi seks bersama
seorang lelaki.
Bagaimanapun, kes tersebut lenyap begitu sahaja selepas Fazura menafikan gadis itu adalah dirinya.
Aduhai, sabarlah Fazura. Lagipun, bukan sekali dua isu ‘pelanduk dua serupa’ yang melibatkan artis kita.
Sebelum ini, pelakon Ida Nerina juga pernah dikaitkan dengan video lucah hanya kerana si pelaku mempunyai wajah miripnya.
Anggap saja ini antara dugaan besar yang perlu dihadapi apabila bergelar public figure seperti mereka. Sabar aje lah... -Kedahnews.com