Fifa Iktiraf Shafiq Rahim Pakar "Set Piece", Tendangan Percuma #JDT

Shafiq Rahim
Jika sebelum ini ramai yang mempertikai dan memperlekah para pemain bola sepak kebangsaan, nampaknya skuad Harimau Malaya itu kini boleh berbangga dengan ketua pasukannya, Shafiq Rahim yang berjaya menambat perhatian organisasi bola sepak dunia, Fifa.

Fifa dalam sebuah artikelnya yang diterbitkan pada 27 Januari baru-baru ini, badan sukan dunia itu memandang tinggi kebolehan Shafiq yang dianggap pakar "set-piece" dan tendangan percuma.

Berdasarkan analisis yang dilakukan Fifa dalam perlawanan-perlawanan bola sepak di Kejohanan AFF Suzuki lalu, Shafiq "dilambung" tinggi dan diiktiraf sebagai salah seorang pemain bola sepak berkemahiran tinggi di rantau Asia.

Meskipun Malaysia tewas pada perlawanan akhir menentang Thailand menerusi sepakan penalti dalam kejohanan tersebut, Shafiq tetap dinobat sebagai penjaring gol terbanyak kejohanan.

Fifa turut mengiktiraf sifat kepimpinan yang ada pada Shafiq selain kebolehannya sebagai "play-maker" yang mampu mengawal permainan dan memberi insprasi kepada para pemain di tengah padang. 

Kini Shafiq beraksi untuk pasukan harimau selatan, Johor Darul Takzim (JDT), sebagai pemain tengah dan dijangka mampu menggerunkan pasukan lawan. -Kedahnews.com