HARGA tiket mahal bukanlah halangan kepada peminat untuk membeli kerana apa yang penting mereka dapat melihat artis pujaan dari jarak dekat atau berpeluang bergambar dengan artis berkenaan. Itulah fenomena yang sering berlaku setiap kali artis popular dari Korea Selatan bertandang ke Malaysia untuk mengadakan konsert atau sesi perjumpaan dengan peminat.
Kerap kali harga tiket yang dikenakan oleh penganjur untuk acara berkenaan bermula daripada RM299 hingga mencecah RM729 termasuk yang terbaharu konsert Taeyang di Stadium Negara pada 7 Februari ini yang menawarkan tiket berharga antara RM199 hingga RM599.
Realiti yang berlaku hari ini, rata-rata anak muda anak muda lebih gemar bercerita mengenai perkembangan muzik K-pop berbanding Bollywood atau Hollywood. Irama K-pop sudah menguasai pasaran muzik dunia seiring dengan produk-produk keluaran Korea yang lain.
Di kalangan peminat tempatan, antara artis lelaki yang mampu membuat gadis Malaysia sanggup melabur wang beratus ringgit semata-mata untuk menonton mereka secara dekat adalah kumpulan Super Junior, Big Bang, CN Blue, FT Island, Shinee, 2PM, ExO, JYJ, Beast dan Rain.
Sementara artis wanita yang menarik perhatian peminat Malaysia pula ialah Girls Generation, 2NE1, Sistar, 4Minutes, f (x), A Pink, Wonder Girls, Girls Day, Crayon Pop dan AOA.
Populariti artis dari negara berkenaan tidak hanya terbatas di kalangan penyanyi sahaja, sebaliknya, pelakon-pelakon drama Korea turut dikagumi ribuan peminat di Malaysia termasuk aktor Lee Min Ho, Lee Seung Gi, Kim Soo-hyun, Lee Dong Wook, Lee Jong Suk dan Jo In-sung.
Tambahan pula pada masa ini kebanyakan drama Korea mudah ditonton khususnya menerusi saluran Astro (One HD 393, 392, 390) sementara mereka yang tidak sabar untuk menonton drama terkini boleh melayarinya di internet.
Biarpun 2015 baharu membuka tirai, namun Malaysia sudah dikunjungi artis Korea dengan yang terbaharu aktor kacak Lee Min Ho untuk mempromosi produk kecantikan dan kumpulan B1A4 yang baru-baru ini menimbulkan viral di alam maya kerana aksi mereka memeluk peminat wanita bertudung.
Pelakuan sumbang itu membuatkan sebilangan besar masyarakat tergamam sekali gus mencetuskan perdebatan panjang. Kumpulan pop dari Korea itu disalahkan kerana didakwa tidak sensitif budaya dan agama rasmi Malaysia.
Barangkali, ramai yang tidak tahu, setiap kali artis Korea berkunjung ke Malaysia, penganjur akan mengadakan sesi bertemu dan beramah mesra antara artis berkenaan dengan peminat mereka.
Untuk acara sebegini, tidak dinafikan ramai yang berlumba-lumba untuk menyertainya kerana bukan mudah bagi pihak pengurusan artis Korea membenarkan artis mereka berdekatan dengan orang ramai. Dek itu jugalah peminat sanggup berbelanja lebih bagi membolehkan mereka bergambar atau menyertai kegiatan yang diatur penganjur dengan artis kesayangan.
Lagipun kebanyakan peminat K-pop tempatan terdiri daripada gadis-gadis remaja yang pasti teruja apabila berpeluang mendekati artis kesayangan masing-masing. Biarpun aliran muzik yang diperjuangkan artis berkumpulan Korea ini hampir sama (termasuk wajah) namun setiap kali kehadiran mereka ke sini, penganjur tidak pernah rugi.
Bagi penulis yang sering membuat liputan untuk acara berkenaan sudah ‘terbiasa’ dengan aksi sebegitu dan bukan maksud penulis menyokong gelagat peminat yang terlalu teruja bila dapat peluang bertentang mata dengan artis pujaan mereka.
Sebenarnya aksi sebegitu sudah dapat dijangka kerana ada ketikanya, para peminat sendiri yang minta diri mereka dipeluk oleh artis kesayangan. Adegan itu bukan berlaku dalam kalangan artis Korea sahaja, sewaktu Afgan dari Indonesia dan penyanyi terkenal tanah air, Anuar Zain mengadakan persembahan, ada juga peminat fanatik yang tidak segan silu memeluk mereka termasuk isteri orang.
Persoalannya di sini, apakah Afgan dan Anuar Zain harus dipersalahkan?
Pucuk pangkalnya adalah hati. Kalau peminat itu sedar batasan masing-masing. Sekalipun terlalu obses terhadap seseorang artis, namun, itu tidak bermakna mereka boleh melakukan apa sahaja termasuk membenarkan diri dipeluk oleh orang asing di khalayak.
Penulis tidak melihat apa rasionalnya kita menuding jari pada orang luar apabila sesuatu kejadian berlaku. Adalah lebih baik kita cermin diri sendiri.
Dalam kehidupan sekarang pelbagai cabaran berada di hadapan mata, yang disedari ataupun tidak disedari. Penulis yakin kebanyakan daripada kita sudah dibekalkan dengan ilmu dunia dan akhirat sejak kecil lagi, jadi gunakanlah ilmu itu dengan sebaik-baiknya. -Utusan