Baru-baru ini, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah berada di Langkawi yang merupakan antara destinasi "favorite" pasangan negarawan itu.
Di sana, ibu dan ayah kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir itu sempat beraksi comel dalam "posing" yang betul-betul "sporting" ketika mengunjungi muzium 3D di Pulau Lagenda itu.
Difahamkan bahawa pasangan tersebut telah meluangkan masa di muzium 3D, Art in Paradise, di Oriental Village dan bergambar di hadapan pameran seni tiga dimensi unik yang menjadi tarikan pengunjung di sana.

Dikenali sebagai "Arkitek Langkawi Moden", pulau yang menjadi permata Kedah itu kini merupakan antara lokasi paling digemari oleh para pelancong di dalam dan luar negara, serta diiktiraf sebagai antara pulau tercantik di dunia.
Tun Dr Mahathir turut merupakan individu yang diberi penghormatan merasmikan muzium seni sains moden itu ketika ianya dibuka kepada umum sejak Oktober tahun lalu.
Di bawah adalah beberapa keping gambar Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah yang kami terima memaparkan aksi menarik mereka di muzium berkenaan; - Kedahnews.com