Biarpun mereka sering kali diprovokasi peminat dan netizen di laman sosial masing-masing, ternyata Nora Danish dan Fasha Sandha tidak mengendahkan semua perkara tersebut.
Buktinya, kedua-dua pelakon cantik ini berkongsi gambar selfie mereka berdua ketika majlis doa kesyukuran sempena birthday permata hati Nora, Putra Rayqal yang genap berusia enam tahun semalam.
Malah Fasha turut menitipkan ucapan hari lahir buat anak tirinya itu menerusi laman Instagram.
Baguslah macam ni, perkara yang lepas jangan dikenang, yang penting
masing-masing sudah ada kehidupan baharu yang lebih membahagiakan
daripada sebelum-sebelum ini.
Mungkin inilah hikmah di sebalik semua perkara yang terjadi.
Apa-apa pun kita doakan agar hubungan baik dan mesra di antara Nora
dan Fasha akan berkekalan sehingga bila-bila, dan peminat-peminat
janganlah cuba pula mengeruhkan suasana dengan mencipta provokasi yang
boleh menghancurkan pertalian mesra ini.
Sumber: Mynewshub.cc