Gambar Nik Aziz Tidak Terjejas Air Banjir #Viral Di Laman Sosial

Gambar Datuk Nik Aziz Nik Mat yang tidak terjejas akibat banjir makin viral di internet

Gara-gara sekeping gambar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang tergantung baik tanpa terjejas dalam bencana banjir di Kelantan baru-baru ini telah membuat ramai pengikutnya yang kecoh di laman-laman sosial.

Gambar bekas Menteri Besar Kelantan itu dikatakan dalam keadaan baik tergantung di dinding seorang penyokongnya dan tidak terpalit sedikit pun dengan lumpur kesan dari banjir yang melanda di negeri itu.

Hebohnya di kalangan para penyokong PAS tentang insiden itu menjelaskan seolah terdapat "karamah" yang sangat menakjubkan pada Tuan Guru itu berbanding naskhah-naskhah Al-Quran dan masjid yang terkena lumpur akibat banjir.

Anak bekas Mufti Perlis, Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya turut menggambarkan pandangannya terhadap sikap taksub yang amat sangat terhadap Nik Aziz.

Berikut adalah pandangan Ustaz Fathul Bari sebagaimana yang dipetik dari akaun laman Twitternya; -Kedahnews.com