Ekoran pengalamannya sebelum ini yang pernah dibuli rakan sekolah telah menyebabkan pelakon cilik
berbakat besar, Puteri Balqis Azizi, 8, enggan lagi pergi ke sekolah dalam menempuh alam
persekolahannya.
Sebaliknya, Puteri Balqis atau lebih mesra dengan panggilan "Akish" itu lebih suka dan selesa belajar dari rumah menerusi bimbingan tunjuk ajar daripada guru persendiriannya.
“Aqish lebih selesa belajar di rumah sahaja kerana kalau di
sekolah Aqish rasa tersiksa bila kawan-kawan mempermainkan Aqish.
"Sampai
bila-bila pun Aqish mahu belajar di rumah sahaja. Kalau tentang
pelajaran berkaitan agama seperti mengaji Al-Quran, ibu Aqish yang
ajar,” katanya yang dipetik dari mStar.
Menurut pelakon comel itu, pengalamannya yang pernah dibuli rakan dikatakan berlaku ketika dia masih belajar di sebuah tadika pada kira-kira dua tahun lalu.
Meskipun tidak bergaul dengan rakan sebaya seperti budak-budak
seusianya, Aqish menjelaskan bahawa dia tidak pernah berasa sunyi kerana memiliki rakan lain ketika mengikut ibu dan ayahnya berniaga di pusat
jualan.
“Aqish memang tidak ada kawan-kawan rapat tapi Aqish ada
kawan-kawan sekeliling. Kalau Aqish pergi ikut ayah dan ibu berniaga
Aqish ada kawan di sana.
“Aqish tidak pernah rasa sunyi kerana Aqish seorang yang mudah berkawan dengan sesiapa sahaja,” ujar pelakon kecil berbakat besar itu. -Kedahnews.com