Garang, Kereta PDRM Berwajah Baru?

Kenderaan PDRM berwajah baru?
Kedahnews.com benar-benar terpegun seketika melihat kereta Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2015 yang berwajah baru ini.

Jika sebelum ini kita lihat model Proton Inspira yang digunakan oleh pihak berkuasa itu berkombinasi warna putih dan biru, kali ini kombinasi warna pada kereta peronda tampil lebih garang dengan keseluruhan "body"nya berwarna hitam.

1
2
3

Bagaimana? Jelas nampak lebih kemas, mantap dan meyakinkan berbanding rekaan sebelum ini, bukan?

Dengan sedikit calitan dan jalur pantulan cahaya yang dipadankan dengan warna yang lebih gelap, boleh dikatakan wajah baharu kereta peronda PDRM 2015 ini tampak lebih garang di mata kami!

Sekiranya benar kereta-kereta peronda PDRM akan bertukar wajah seperti digambar, kami di sini menyokong 100% atas tindakan tersebut.

Kedahnews.com juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada seluruh warga PDRM atas peningkatan mutu perkhidmatan sejajar dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah di Malaysia. -Kedahnews.com