KUALA LUMPUR – Seorang guru bahasa Inggeris hari ini dilepas dan
dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini daripada pertuduhan
mengedar gambar lucah kepada seorang remaja, lima tahun lepas.
Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki membuat keputusan itu terhadap
C. Shanmuga, 35, selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan kes
melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
“Sehubungan itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan serta wang jaminan dipulangkan,”kata Namirah.
Mengikut pertuduhan, guru berkenaan didakwa mengedar gambar lucah
kepada remaja itu yang berumur 21 tahun, di Jalan GU 3/10, Taman Garing
Utama, Rawang di sini antara 21 April hingga 27 April, 2010.
Dia didakwa mengikut Seksyen 293 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika
sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni manakala Shanmuga diwakili peguam Haresh Mahadevan. – BERNAMA