Inilah perangai selebriti dan pelakon terkenal Hollywood yang sememangnya "gila" dan "terlalu terbuka" hingga hilang maruah diri.
Gwyneth Paltrow misalnya baru-baru ini seolah mencari publisiti murahan meluahkan rasa kesal kerana tidak membuat sebarang rakaman video seks dengan bekas kekasihnya, Brad Pitt ketika menjalin hubungan cinta suatu ketika dahulu.
Namun katanya, zaman dia bercinta dengan Brad Pitt dahulu masih lagi tiada teknologi telefon bimbit canggih berkamera sebagaimana sekarang dan disebabkan itu maka dia kesal tidak sempat merakam adegan berahi mereka.
Aktress seksi itu pernah menjalin hubungan dengan suami Angelina Jolie sehingga sempat mengikat tali pertunangan dengan Brad Pitt sebelum putus pada sekitar tahun 1997.
Bekas isteri penyanyi Coldplay Chris Martin itu berkata, dia jatuh
cinta dengan Pitt yang kini suami Angelina Jolie ketika berada di set
penggambaran Seven.
“Saya masih muda ketika itu dan berusia 22 tahun. Saya tidak bersedia
dengan apa-apa komitmen dan dia pula jauh lebih baik buat saya. Saya
benar-benar tidak tahu apa yang saya lakukan pada ketika itu,” katanya
Kami berharap tidak ada mana-mana selebriti dari Malaysia yang terjebak dengan perangai buruk Gwyneth tersebut.
Bukan apa, sudah ada contoh di negara jiran yang pernah menggemparkan industri hiburan di Asia Tenggara melibatkan vokalis sebuah kumpulan terkenal dan seorang aktress jelita yang pernah diundang menjadi juri di Malaysia.
Kami berharap agar perkara berkenaan tidak berlaku di negara ini. Tolonglah, kami tak mahu bala dan imej Malaysia tercemar dengan insiden terlampau begitu. Harap maklum. - Kedahnews.com