AGAK terkejut kami mendengar kenyataan vokalis kumpulan Wings, Awie menerusi akhbar Berita Harian, hari ini.
Menurutnya, hingga saat ini dia tidak pernah terlintas untuk menceraikan isterinya, Rozana Misbun biarpun hatinya sakit.
“Selama sembilan tahun saya boleh bertahan dengannya biarpun tahu dia
wanita yang bagaimana. Sudahlah merampas kebahagiaan bekas isteri saya
dan melakukan perkara yang banyak menundukkan diri saya seperti orang
bodoh jadinya, dia masih tak sedar diri.
“Harta saya dikikis dia. Bahkan duit raya untuk anak pun dia kebas
juga. Jangan ingat saya tak tahu permainan dia menambah kenalan di laman
Facebook termasuk teman wartawan yang tak dikenali selama ini untuk
meraih simpati.
“Dia selalu cakap rindukan tiga anak kami sedangkan sepanjang enam
bulan lalu dia langsung tak melawat mereka apatah lagi menghubungi. Ibu
jenis apa gamaknya dia ini,” kata Awie.
Awie dan Rozana sekeluarga sebelum tercetusnya pertelagahan antara mereka. |
Pada masa sama, Awie turut mempersoalkan tujuan Rozana
membuka cerita perihal sijil pernikahan yang dikatakan palsu kerana ia
akan memberi kesan kepada tiga anak mereka.
“Daripada hukum syarak perkahwinan saya dengannya di Songkhla,
Thailand pada 20 Jun 2005 sah dan hanya sijil nikah saja yang palsu.
Sebelum ini, saya yakin surat nikah itu sah kerana sepanjang berkahwin
tidak pernah ada masalah mendapatkan sijil kelahiran tiga anak kami.
“Tapi tak sangka pula ejen yang menguruskan pendaftaran nikah kami
itu menipu. Awalan perkahwinan kami memang saya tidak boleh pergi ke
pejabat agama untuk menguruskan hal berkenaan kerana mengelak
perkahwinan kami diketahui orang lain termasuk Arni Nazira (bekas
isterinya). Tapi saya memang tertipu,” jelasnya lagi.
Aduh.. semakin rumit nampaknya pertelagahan antara pasangan suami isteri ini.
Apa tidaknya, bermula daripada laporan kes pukul sehinggalah membawa
kepada isu sijil nikah yang belum diputuskan lagi sehingga 13 Januari
kelak.
Harapnya cepat-cepatlah kes demi kes ini selesai ya.
Kasihan pada anak-anak yang mungkin belum mengerti apa yang berlaku di antara ibu bapa mereka.
Sumber: Mynewshub.cc