"Hilang Gigi Pun Tak Apa", Kata Kekasih Tiger Woods!


MALANG memang tak berbau.

Niat asalnya mahu mengejutkan kekasih hati ketika menonton perlawanan yang disertai wanita itu, namun lain pula yang berlaku terhadap bintang golf terkenal, Tiger Woods.

Insiden malang menimpa Woods ketika dia ingin membuat kejutan kepada teman wanitanya, Lindsey Vonn sewaktu wanita itu yang juga atlet ski, sedang menghadapi satu kejohanan di Cortina d’Ampezzo, Itali.

183459967

Menurut jurucakap Woods, Mark Steinberg, segalanya berlaku dalam sekelip mata apabila Woods yang sedang berada di podium tiba-tiba dilanggar sebuah kamera jurugambar yang sedang membuat liputan.

“Ketika berada di podium, seorang jurukamera yang sedang membuat liputan telah ditolak lalu kamera di bahunya terkena mulut Woods, menyebabkan gigi beliau patah,” ujarnya.

Bagaimanapun, kekasih Woods dikhabarkan tidak kisah dengan keadaan gigi Woods bila dilaporkan berkata, “Sudah cukup istimewa dia berada di sini.” 
 
 
 
 
Sumber: Mynewshub.cc